Sinopsis Novel
Dulu, dia pernah
dihalau bagai kucing kurap oleh suami sendiri. Kini, setelah empat tahun
membawa diri di bumi asing, ‘Aisy pulang dengan nekad mahu menuntut
janji yang pernah dilafazkan oleh sang suami. Namun, tatkala bertemu,
lain pula yang terjadi.
“Tak baik seorang isteri menipu suaminya sendiri. Berdosa..” – Harris
“Minta maaf Encik Umayr Harris Tan Sri Hakim. Saya bukan lagi isteri sesiapa.” – ‘Aisy
“Dan
untuk pengetahuan Puan Rahadatul ‘Aisy Hilmi, talak berada di tangan
suami. Seingat akal abang yang masih waras ini, abang tak pernah
ceraikan ‘Aisy.” – Harris
Kepulangan ‘Aisy memang dinanti Harris.
Dia ingin menebus khilafnya. Kerana cemburu, dia sanggup menghina
isteri sendiri. Kerana gagal mengawal baran, dia tegar menyakiti tubuh
isteri dengan tangan sendiri. Kini, dia mahu menebus semuanya.
“Saya tak cukup baik nak maafkan awak, Harris. Kembali hidup dengan awak, that's the last thing I will do.” – Aisy
Pun
begitu, kesungguhan dan kesabaran Harris meladeni setiap onar yang
sengaja diciptanya membuatkan tekad ‘Aisy semakin goyah. Penerimaan
Harris terhadap kekurangan dirinya buatkan ‘Aisy akur pada jodoh dan
ketentuan Ilahi.
Saat bahagia menjelma, mendung datang lagi.
Kemunculan Rayyan, lelaki tampan bermata hazel membuatkan Harris
dihambat rasa cemburu yang tak bertepi.
Siapakah Rayyan
sebenarnya di hati ‘Aisy? Akankah bahagia menjadi milik mereka nanti?
Mampukah titian cinta mereka yang sudah retak menanti belah itu dicantum
kembali? Atau, mungkinkah Rayyan layak menjadi pengganti?
--------------------------------------------------------------------------------------------------------
Sebuah drama yang berjaya mencipta FENOMENANYA TERSENDIRI yang berjaya menambat hati 11 Juta penonton pada episod akhir dan 10 Juta penonton untuk setiap episod.