Assalamualaikum..
Untuk peminat drama adaptasi novel, selepas drama MENCINTAIMU di Slot Akasia tamat, drama yang akan menggantikan drama Mencintaimu ialah sebuah drama yang diataptasikan daripada novel HELLO, MR. PERFECT! karya WANIEY ZAKARIA.
Drama Hello, Mr. Perfect ini bakal menemui peminat drama Akasia pada 30 SEPTEMBER 2015 pada 7.00-8.00 Malam. Antara pelakon yang akan menjayakan drama ini ialah
Fattah Amin sebagai Muhammad Izzul Islam, Nur Ruhainies Farehah sebagai Alya Adriana/ Nurul Ain, Rafiq Razali sebagai Muhammad Arif Fikri, Ezzaty Abdullah sebagai Ainul Mardhiah dan ramai lagi.
SINOPSIS DRAMA HELLO, MR. PERFECT!
Mengisahkan mengenai Muhammad Arif Fikri dan Ainul Mardhiah saling mencintai dan merancang untuk berkahwin. Namun disebabkan kerana peraturan yang telah diteteapkan oleh keturunan keluarganya yang mementingkan aspek langkah bendul walaupun mereka adalah lelaki, memaksa Arif mencari jalan menyelesaian. Selagi anak sulung tidak berkahwin, maka dia tidak boleh berkahwin. Lebih memberatkan lagi apabila pihak keluarga Ainul hanya memberi masa selama 6 bulan untuknya membuat keputusan.
Alongnya, Muhammad Izzul Islam yang terlampau mengejar kesempurnaan kepada pasangannya. Wajahnya kacak, tinggi dan menjadi tarikan ramai. Namun dia terlampau cerewet dan memerlukan pasangan yang sempurna sepertinya. Terlalu ramai gadis yang mendamping dengannya namun tiada seorang pun yang dapat bertahan dengan sikapnya walaupun sehari dua.
Tiada pilihan, Arif mencari calon isteri untuk Izzul. Imbuhan juga diberikan sebanyak RM 500,000 sebagai cagaran sekiranya gadis itu berkahwin dengan alongnya. Alya Adriana yang ketika itu terdesak kerana hutang keluarga Along memaksa Alya menawarkan diri. Mampukah Alya bertahan dengan sikap Izzul yang selalu mengejar kesempurnaan? Jangan lupa saksikannya pada 30 SEPTEMBER 2015 ini hanya di TV3.
SINOPSIS NOVEL HELLO, MR. PERFECT!
Muhammad Izzul Islam dan Alya Adriana, adalah dua insan yang sangat berbeza. Izzul sangat 'perfect' manakala Alya sebaliknya. Mereka pernah belajar di satu universiti sama tapi setiap pertemuan ada saja digaduhkan. Disitu, Alya mula jatuh cinta dengan Mr Perfect.
Sepuluh tahun berlalu, mereka bertemu lagi. Kali ini, Izzul telah berpisah dengan kekasihnya tetapi hatinya masih belum pulih. Semua perempuan yang ingin dekat dengannya dikutuk tidak sesempurna macam dirinya kerana tidak mahu mereka mendekati dirinya hanya kerana rupa dan hartanya saja.
Alya pula tersepit, keluarganya seringkali diserang along kerana hutang bapa tirinya. Dia bertekad ingin meyelamatkan keluarganya tapi hutangnya sebanyak RM 300,000 terlalu besar untung ditanggung. Bila Arif dan Ainul syorkan dia sebagai calon isteri alongnya, Izzul, dengan habuan sebanyak RM 500,000 sebagai hadiah, dia terima. Izzul memilih Alya untuk menjadi calon isterinya untuk lari dali Alin. Alya rasa serba salah dan mahu mengundur diri dari menjadi calon isteri Izzul bila sudah dapat melunaskan hutang bapanya.
Jom layan beberapa gambar pembikinan sebalik tabir drama Hello, Mr. Perfect!