Ahad, 9 Ogos 2015

[SINOPSIS NOVEL] Cik Cinderella Dan Encik Tengku

Assalamualaikum..


Nama aku Puteri Nuraisha. Aku ada mak tiri dan seorang kakak tiri. Biasalah, mana ada mak tiri yang baik. Nama kakak tiri aku Sha. Jahat gila. Orang gila pun tak jahat macam dia. Dia tak sukakan aku, Jadi, ada sebab ke aku nak suka dia? Kirim Salam!

Dalam hidup aku ada seorang lelaki yang paling aku tidak suka. Nama dia Ashraf. Tapi arwah ibu cukup suka dengan dia sehinggalah dia suruh aku kahwin dengan Ashraf.

Apa yang jadi masalahnya, aku jatuh cinta dengan seorang lelaki. Nama dia Daniel. Opsss, Tengku Daniel. Orangnya segak gila. Kata Jee kawan baik aku, kaalu dia dapat kahwin dengan Daniel, setahun tak makan pun dia sanggup. Cerdik sungguh!

Tapi kan, suatu hari tu Daniel beri aku sejambak bunga. Dia cakap dia kutip sebab ada lori bunga dari Cameron Highland terbalik. Tak percayalah...

Dan dia hantar SMS..

Babe ( Dia paggil aku babe.)

Ya Sayang (Aku panggil dia sayang.)

Lunch sama (Dia ajak)

Okey (Aku nak)

Kat mana (Dia tanya)

Ayam Penyet Kelana Jaya (Dalam kepala ingat tempat tu saja)

Okey cantikkk.. (Dia setuju)

Ya, semuanya cantik belaka. Indah belaka. Tapi selepas itu, semuanya menjadi amat sukar. Aku tidak mampu menolak amanat arwah ibu dan aku juga tidak boleh lupakan cinta aku terhadap Daniel.

Siapa yang bakal aku pilih antara Ashraf dan Daniel?


Novel ini juga akan diataptasikan ke drama di Slot Lestary TV3 bermula pada 16.12.2015.










[SINOPSIS NOVEL] Tuan Anas Mikael

Assalamualaikum..


Puan Sri Tengku Anansa telah memberikan Tuan Anas Mikael tempoh selama tiga bulan untuk mencari perempuan yang sempurna bagi menolak calon pilihannya, Safra Ariana, cucu Tun Akhruddin.

Oleh kerana setelah hampir dua bulan mencari, Tuan Anas Mikael tidak berjumpa, jadi dia merancang untuk menyiapkan Ayu Maisarah, anak tukang cuci rumahnya itu, sesempurna kriteria yang dia mahukan tanpa Ayu Maisarah tahu tujuan sebenarnya dia menjalani semua latihan-latihan yang disediakan. Yang Ayu Maisarah tahu, Tuan Anas Mikael sedang menyiapkan dia sebagai pengurus projek di Krabi.

Di sebalik rancangan ini, Tuan Anas Mikael tidak tahu, Ayu Maisarah menyimpan rahsia besar daripadanya. Akibat daripada takut identiti sebenar Ayu Maisarah terbongkar, Ayu Maisarah telah bersetuju dengan penyamaran itu.

Namun, hal yang melibatkan hati dan perasaan bukan boleh dibuat main-main. Sewaktu dalam tempoh Ayu Maisarah menjadi kekasih Tuan Anas Mikael, Ayu Maisarah mula jatuh cinta. Takut dengan peristiwa hitam dalam keluarganya bakal berulang kembali, Ayu Maisarah menyimpan rasa cintanya terhadap Tuan Anas Mikael secara diam-diam.
Tetapi..... Di Krabi....

"Saya suka awak, Ayu Maisarah". - Tuan Anas Mikael

Tuan Anas Mikael mengaku sudah jatuh cinta kepada Ayu Maisarah menyebabkan Ayu Maisarah mula memasang angan-angan dan memetik segala bintang dan bulan. Apabila tiba waktu yang ditetapkan, Tuan Anas Mikael telah menukar hasratnya dan memilih.....

Mom perkenalkan, the love of my life, my girlfriend, Raisya Putri. - Tuan Anas Miakel
Ayu Maisarah, kecewa!

"Tuan... Tuan tahu apa kopi paling pahit? Oh, tak tahu, ya? Kopi-lih dia itulah yang paling pahit! Saya benci tuan... Tapi, macam mana, saya dah tersayang tuan." - Ayu Maisarah

Konflik mula memuncak, Tuan Anas Mikael ditakdirkan dalam kesusahan. Untuk menolong Tuan Anas Mikael, Ayu Maisarah terpaksa membongkarkan rahsia identiti dirinya dan mendedahkan dirinya untuk dibunuh.

Tetapi adakah pengorbanan itu berbaloi? Perlukah Ayu Maisarah terus meyelamatkan Tuan Anas Mikael atau membiarkan Tuan Anas Mikael yang kekwat itu... Mati selepas apa yang telah Tuan Anas Mikael berbuat kepadanya?

"Jaga saya elok-elok, Cik Ayu. Kalau awak jaga saya elok-elok, saya akan jaga awak elok-elok juga." - Tuan Anas Mikael



Novel ini juga akan diadaptasikan ke drama. Sebarang perkembangan akan diupdate.





 

Selasa, 4 Ogos 2015

[SINOPSIS NOVEL] Mr.London Ms.Langkawi

Assalamualaikum..



Aidil Mukhlis - Berpelajaran tinggi dan mempunyai kerjaya yang bagus. Dari kecil sudah menetap di luar negara membuatkan jiwanya seakan hilang rasa cinta pada kampung halaman. Akhirnya, kerana terpaksa, dia pulang juga tanpa rela. Aidil Mukhlis di minta oleh ayahnya untuk pulang ke kampung halaman. Pada mulanya dia enggan, tetapi apabila dipujuk oleh mamanya, akhirnya dia berubah fikiran dan mengikut kata ayahnya. Pada hari dia tiba di Langkawi, dia menunggu seseorang untuk membawanya pulang ke kampung halaman iaitu rumah Tok Wannya. Tiba-tiba muncul seorang gadis yang digelar 'Liyana The Samseng'. Siapa?

Nurul Liyana - Liyana adalah salah seorang cucu kepada Tok Wan. Dia hanya gadis biasa. SPM pun sekadar cukup makan. Dia memang dalam kategori bukan pelajar cerdik tapi jiwanya besar. Cintanya pada tanah air cukup tebal.

Bila bertemu, mereka sentiasa berlaga angin. Seorang serius bukan main. Yang seorang lagi, nakalnya.. Nauzubillah. Asyik bertekak sahaja Mr London dan Ms Langkawi ini. Kata orang, perbezaan akan mewujudkan keserasian. Tetapi adakah keserasian akan wujud dalam jiwa Aidil Mukhlis dan Nurul Liyana

Novel ini juga akan di adaptasikan ke drama yang bakal ditayangkan di Astro tetapi masih menunggu ketetapan waktu siarannya saja.

Drama ini sudah pun menjalankan penggambarannya disekitar Selangor, Langkawi, Terengganu dan Bukit Fraser. Drama ini akan mengandingkan heronya iaitu Zul Ariffin yang memegang watak Aidil dan Izara Aishah sebagai heroin yang memegang watak Liyan. Antara pelakon lain yang akan menjayakan drama ini ialah Amar Baharin, Liza Abdullah, Dato' Shah Rezza, Nur Zahirah, Wan Wala dan ramai lagi.













p/s : Semua gambar daripada goggle & instagram Nizam Zakaria.