Huh,lama betul tidak singgah blog ini & update status walaupun tahu memang tidak ada orang pun yang sudi baca blog ni,rasanya dah lebih setahun rasanya tak singgah dan membuat entri baru,yelah kan sekarang ni zaman it dan telah banyak laman sosial yang baru seperti Instagram,Keek,we chat & banyak lagi..
Sedar tidak sedar sekarang ni kita telah pun berada di penghujung ramadhan ataupun orang ramai katakan 10 malam terakhir ramadhan,memang sedih rasanya untuk meninggalkan bulan ramadhan ni sebab bulan ni je kita boleh melipat gandakan amalan kita berbanding bulan-bulan yang lain.Kita pun sekarang ni dah besar dan tahu perkara yang baik & tidak,jadi kita boleh berfikir dengan baik apa yang patut kita lakukan untuk lebih melipat gandakan amalam kita di bulan yang sangat mulia ini,tepuk dada tanya selera..
Sebelum mengakhiri entri ini,saya ingin MEMOHON MAAF dari hujung rambut hingga hujung jari kaki sekiranya saya telah melakukan pekara yang menyingung perasaan anda sepanjang anda membaca entri saya di blog ini..Terima kasih kerana sudi baca entri ini sampai ke penghujungnya :)
SELAMAT HARI RAYA!
p/s:hari ni hujung bulan julai lah,