Sabtu, 4 Februari 2012

Salam Maulidur Rasul

                                                            Assalamualaikum..


Kepada semua Umat Islam di dunia ini,saya ingin mengucapkan 'Salam Maulidur Rasul',sentiasalah kita berselawat keatasnya & melakukan segala perintahnya & meninggalkan segala yang dilarang...

Saya ni tidak lah pandai seperti ulama-ulama ,ustaz-ustaz & ustazah-ustazah yang ada sekarang ni,saya hanyalah umat Rasulullah saw diakhir zaman yang banyak melakukan kesalahan & tidak sempurna..

Saya hanya ingin berkongsi bersama-sama umat Rasulullah saw yang dikasihiNya,iaitu hari Maulidur Rasul sempena mengingati perjuangannya mengharungi cabaran-cabaran untuk meluaskan agama ISLAM,semoga hari yang penuh Rahmat ini kita semua umat-umat Rasulullah SAW berselawat keatasnya..

                                         صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد Selawat Allah ke atas Muhammad
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ Selawat salam dipohon lagi
صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد Selawat Allah ke atas Muhammad
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ Selawat salam dipohon lagi

يَا نَبِيْ سَلاَمٌ عَلَيْكَ Wahai Nabi salam atasmu
يَا رَسُوْل سَلاَمٌ عَلَيْكَ Wahai Rasul, salam atasmu
يَا حَبِيْبُ سَلاَمٌ عَلَيْكَ Wahai kekasih, salam atasmu
صَلَوَاتُ الله عَلَيْكَ Selawat Allah ke atasmu

أَشْرَقَ الْبَدْرُ عَلَيْنَا Bulan purnama menyinari kita
فَاخْتَفَتْ مِنْهُ الْبُدُوْرُ Hilang segala cahaya
مِثْلَ حُسْنِكَ مَا رَأَيْنَا Indah menawan tak pernah dilihat
قَطُّ يَا وَجْهَ السُّرُوْرِ Wajah gembira sepanjang hayat

أَنْتَ شَمْسٌ أَنْتَ بَدْرٌ Kaulah matahari, kaulah bulan
أَنْتَ نُوْرٌ فَوْقَ نُوْرٍ Kaulah cahaya mengatasi cahaya
أَنْتَ إِكْسِيْرٌ وَغَالِي Kaulah rahsia hidup mulia
أَنْتَ مِصْبَاحُ الصُّدُوْرِ Kaulah menyuluhi jiwa

يَا حَبِيْبِيْ يَا مُحَمَّد Wahai kekasihku, ya Muhammad
يَا عَرُوْسَ الْخَافِقَيْنِ Wahai pendamping indah sejagat
يَا مُؤَيَّدُ يَا مُمَجَّدُ Wahai Nabi dijulang dipuja
يَا إِمَامَ الْقِبْلَتَيْنِ Wahai imam 2 kiblat

مَنْ رَأَى وَجْهَكَ يَسْعَد Bahagialah orang memandang wajahmu
يَا كَرِيْمَ الْوَالِدَيْنِ Wahai penghulu keturunan mulia
حَوْضُكَ الصَّافِى الْمُبَرَّد Kolam airmu sejuk jernih
وِرْدُنَا يَوْمَ النُّشُوْرِ Kunjungi kami pada hari akhirat

مَا رَأَيْنَا الْعِيْسَ حَنَّتْ Sepanjang malam unta berjalan
بِالسُّرَى إِلاَّ إِلَيْكَ Tiada berhenti rindukanmu
وَالْغَمَامَةْ قَدْ اَظَلَّتْ Engkau dipayungi awan putih
وَالْمَلاَ صَلُّوْا عَلَيْكَ Dan Malaikat sama berselawat

عَالِمُ السِّرِّ وَأَخْفَى Allah mengetahui rahsia sulit
مُسْتَجِيْبُ الدَّعَوَاتِ Dialah menyahut semua seruan
رَبِّ إرْحَمْنَا جَمِيْعًا Wahai Tuhan Rahmatilah kami
بِجَمِيْعِ الصَّالِحَاتِ Dengan segala amalan soleh

وَصَلاَةُ الله عَلَى أَحْمَد Selawat Allah ke atas Muhammad
عَدَّ تَحْرِيْرِ السُّطُوْرِ Sebanyak baris kertas ditulis
أَحْمَدُ الْهَادِي مُحَمَّد Ahmad Muhammad petunjuk jalan
صَاحِبُ الْوَجْهِ الْمُنِيْرِ Empunya wajah berseri menawan

صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد Selawat Allah ke atas Muhammad
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ Selawat salam dipohon lagi
صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد Selawat Allah ke atas Muhammad
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ Selawat salam dipohon lagi

اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلَيْهِ Wahai Tuhan, selawat dan salam dan keberkatan atasnya


p/s:SALAM MAULIDUR RASUL dr ZARA RARA... :)

Jumaat, 3 Februari 2012

Hai!!

                                   Assalamualaikum & hello!!

Lamanya tak berblog ni,rindunya dengan korang semua yang datang jenguk blog,terima kasih banyak-banyak..Hmmm,ni merupakan entri pembukaan untuk tahun ni,jadi,kita sapa antara sape-sape yang singgah kat sini je sebab otak tengah blur nk tulis apa entri kali ni & akan datang,mungkin korang boleh bagi cadangan??? nak minta tolong dengan korang jugak ni,lagu apa yang korang nak dengar,sebab saya tak tau nk letak lagu apa,so bagilah cadangan korang k...

Rasanya tu jelah kot isi untuk entri saya kali ni,so korang dialu-alukan untuk memberi komen ye,kalau x nak komen kat sini,boleh jugak komen kat sebelah ni,yang ade chat tu,cakap je kat situ nanti saya tgk... HAPPY FEBRUARY guys...

p/s:smile :)