Assalamualaikum..
Sinopsis Novel
Sahabat sejati, BFF. Itulah istilah yang paling sesuai untuk menyatakan hubungan yang terjalin antara Farisha aka Sha dan Fariz Ameerul aka Shah. Sejak kecil, mereka bersahabat baik. Sentiasa kelihatan bersama sehinggalah Shah mengambil keputusan melanjutkan pelajarannya keluar negara meninggalkan Sha yang sekadar mahu menuntut di dalam negara sahaja.
Kepulangan Shah ke tanah air setelah menamatkan pelajarannya dikejutkan dengan satu berita yang selama ini tidak pernah terlintas di benak fikiran dua sahabat ini. Mereka telah "dijodohkan". Perkara yang membuatkan Sha dan Shah 'blur' buat seketika. Namun, dalam hal ini Shah yang paling kalut. Walaupun dia menolak perancangan yang tidak masuk akal itu, mummynya tetap mengugutnya untuk menjodohkannya dengan gadis lain. Sedangkan Sha, mama dan papanya langsung tidak memaksa sekiranya perancangan mereka mendapat tentangan.
Disebabkan tidak mahu berkahwin dengan gadis yang tidak dikenali dan dianggap tidak sesuai dengan dirinya, Shah membuat perancangan gila! Mengajak Sha bersetuju sahaja dengan perancangan yang telah ditetapkan ibu bapa mereka sebelumnya. Itu sahaja jalan yang paling selamat. Berkahwin dengan sahabat baik sendiri. Pada mulanya perancangannya itu mendapat tentangan hebat daripada Sha yang menganggap keputusan Shah tidak boleh diterima akal. Namun disebabkan rasa simpati terhadap sahabat baiknya itu, Sha akhirnya bersetuju. Tetapi benarkah wujud perasaan simpati di dalam hati Sha ketika itu? Sanggupkah dia korbankan masa depan sendiri dengan mengahwini dengan lelaki yang tidak dicintai? Shah pula, waktu itu hanya satu benda sahaja yang bermain dalam kepalanya. Dia tidak mahu hidpnya terikat sekiranya berkahwin dengan perempuan yang tidak faham akan kehendak dan perangainya yang suka sangat berkawan dengan kaum hawa.
Bagaimanakah kehidupan mereka setelah berumah tangga? Adakah mereka hidup sama seperti pasangan-pasangan yang sudah berkahwin? Adakah Sha mampu bertahan dengan sikap suami sendiri yang suka sangat timbulkan gosip liar dengan wanita lain di luar? Shah pula tegakah dia menduakan isteri yang merangkap sahabat baiknya sendiri?
Novel Sha dan Shah ini akan diadaptasikan ke drama di Astro Ria yang bersiaran pada setiap Isnin - Khamis jam 10.00 Malam. Mengandingkan hero dan heroinnya ialah Kamal Adli dan Syatillah Melvin. Turut membantu ialah Azwan Kombos, Nina Iskandar, Shima Anuar dan ramai lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan