Khamis, 19 November 2015

[LIRIK] Ragu-Ragu - Tasha Manshahar & Syed Shamim

Assalamualaikum..


Lirik Ragu-Ragu

Di sudut hatiku ini
Apa yang ku rasa
Kau tak percayakan ku

Ku cuba untuk fahami
Apa yang kau rasa
Untuk kita berdua

Jangan khuatir dengan diri ku
Kerna aku mampu
Menjaga diriku sendiri

Jadi tak mahu ragu-ragu sayang
Aku tetap disini
Dan aku tahu-tahu sayang
Aku engkau miliki

Jadi tak mahu ragu-ragu sayang
Aku tetap disini
Dan aku tahu-tahu sayang
Engkau yang aku cintai

Hariku diselubungi
Apa yang ku rasa
 Buat ku jadi gila

Akan ku cuba fahami
Apa yang kau rasa
Untuk kita berdua

Jangan khuatir dengan diri ku
Kerna aku mampu
Menjaga diriku sendiri

Jangan tak mahu ragu-ragu sayang
Aku tetap disini
Dan aku tahu-tahu sayang
Aku engkau miliki

Jadi tak mahu ragu-ragu sayang
Aku tetap disini
Dan aku tahu-tahu sayang
Engkau yang aku cintai

Baru ku rasa
Hatimu dan hatiku
Kini bersatu

Adakah mungkin
Perasaan ini kekal buat
Selama-lamanya

Jadi tak mahu ragu-ragu sayang
Aku tetap disini
Dan aku tahu-tahu sayang
Aku engkau miliki

Jadi tak mahu ragu-ragu sayang
Aku tetap disini
Dan aku tahu-tahu sayang
Engkau yang aku cintai

Jadi tak mahu ragu-ragu sayang
Aku tetap disini
Dan aku tahu-tahu sayang
Aku engkau miliki

 Jadi tak mahu ragu-ragu sayang
Aku tetap disini
Dan aku tahu-tahu sayang
Engkau aku cintai


Rabu, 18 November 2015

[LIRIK] Sayang Aku Rindu - Bahrain

Assalamualaikum..


Lirik Sayang Aku Rindu

Percayalah ku setia
Jangan pernah ragu
Cintaku

Yang selalu memanggil namamu
Disetiap detak jantungku
Hampa mengunci jiwa
Saat jauh dari kasihmu

Benar-benar aku tak mampu
Hidup tanpa mu memeluk ku

Maafkanlah diriku
Yang pernah selalu melupakan
Setiap kasih yang kau beri
Setiap cinta yang kau bagi

Sungguh sepi malam ku
Tak seperti saat dengan mu
Tika kau ada disisiku
Menghiasi mimpi indahku

Sayang sayang aku rindu
Setengah mati padamu
Sayang sayang ku tak mungkin
Sendiri tanpa dirimu

Engkaulah bintang dimalamku
Cahaya disetiap gelapku
Dirimulah cinta sejati

Sayang sayang aku rindu
Setengah mati padamu
Sayang sayang ku tak mungkin
Sendiri tanpa dirimu

Percayalah ku setia
Jangan pernah ragu cintaku
Yang selalu memanggil nama mu
Disetiap detak jantungku

Aku Rindu..


p/s : Merupakan OST Kau, Aku, Kita

Rabu, 11 November 2015

[SINOPSIS] Seindah Takdir Cinta

Assalamualaikum..



Mia Karmila, seorang gadis biasa hidup dengan cara moden dan penuh kemewahan, langsung tidak menyangka pertemuannya dengan seorang pemandu teksi bernama Shahriman telah berjaya merubah keseluruhan cara hidupnya. Melalui beberapa pertemuan yang tidak pernah dirancang telah membenihkan bibit-bibit cinta yang tulus dalam hati mereka.

Adrian, lelaki macho, bergaya dan kaya-raya, terus tidak berputus asa untuk menjinakkan Mia Karmila sebagai kekasih yang dapat memenuhi kerakusan nalurinya, walaupun ramai perempuan lain bersedia untuk memenuhi segala kehendaknya. Perubahan sikap Mia Karmila benar-benar mencabar kelelakian Adrian sehingga dia bertekad, walau apa pun syarat yang diminta Mia Karmila, Adrian tidak peduli. Yang pasti Mia Karmila menjadi miliknya.

Dalam kepayahan dan kepiluan yang mencengkam jiwa, Mia Karmila terpaksa juga menerima ijab kabul Adrian apabila lelaki itu telah berjaya memenuhi setiap syarat yang dipintanya. Pilu dihati Mia Karmila bertambah parah apabila mengetahui Shariman adalah dalang yang membolehkan Adrian menikahinya. Siapakah Shariman sebenarnya?

Bagaimanakah Mia Karmila dapat meneruskan kehidupan hariannya bersama Adrian apabila Shariman juga sentiasa ada bersama mereka? Dapatkah Mia Karmila atau Shariman memadamkan rasa cinta yang pernah hadir dalam hati mereka?

Saksikan drama adaptasi ini di TV3 setiap hari Isnin hingga Khamis jam 6.55 petang hingga 8.00 malam. Jika anda terlepas untuk menyaksikan drama ini, anda boleh melihat di Tonton.com
Watak yang akan menjadi Mia Karmila ialah Amyra Rosli dan watak Shariman pula dibawa oleh Syarul Ridzwan.








Ahad, 1 November 2015

[SINOPSIS] Cinta Si Wedding Planner

Assalamualaikum..


Perebutan tempat parking kereta menjadi permulaan peristiwa kisah Zara si wedding planner dengan Fariz, bekas tentera laut yang berhati batu.

Dalam hati Zara ketika itu, hanya ada Bazli, sepupunya sendiri. Namun Zara dan Bazli tidak pernah menyangka bahawa jodoh sebenarnya bukan milik mereka berdua. Kasih mereka yang selama ini dirahsiakan daripada pengetahuan mak lang dan pak lang hancur di tengah jalan.

Berlaku pertemuan demi pertemuan yang tidak disangka antara Zara dan Fariz. Meski Fariz selalu mengejek Zara, hanya lelaki itu yang dapat membuatkan Zara melupakan Bazli. Dalam kerasnya hati lelaki itu, ada juga penyayangnya.

"Kerusi kereta kau ni buat aku sakit badan la." - Fariz

"Ni hanya kerusi kereka, bukan tilam King Koil!" - Zara

"Kalau ya pun, tukarlah  kerusi empuk sikit. Recaro ke." - Fariz

Puan Marina, Mama Fariz yang berkenan akan keperibadian Zara terus menghantar pinangan hingga terjalinnya ikatan suci antara Zara dan Fariz. Zara rela menerima walau hatinya belum wujud getaran cinta buat Fariz.

"Abang teringin pankek, jem blueberry and omelette for breakfast. Boleh sayang buatkan unutk abang?" - Fariz

"For you, my dear, i will do anything for you." - Zara

Fariz yang tidak pernah putus asa mencuba, akhirnya berjaya. Hati Zara kini miliknya. Pada saat bahagia mula bersemi, cinta pertama Fariz kembali muncul menagih kasih.

"Hanya satu je permintaan Zara. Kejujuran! Zara hanya nak kejujuran abang.

"Dia kekasih aku! Dah lama kami bercinta! Puas?"

Jawapan Fariz bagaikan sembilu tajam menusuk hati Zara. Fariz bertukar 360 darjah setelah munculnya wanita itu dalam rumah tangga mereka. Adakah rasa cinta terhadap kekasih lama Fariz masih mekar dalam hati lelaki itu melebihi rasa kasihnya kepasa Zara? Mampukah ikatan suci yang dahulunya kembang dengan bunga-bunga  kebahagian dapat diselamatkan?


Novel ini juga akan diadaptasikan ke drama di Slot Akasia pada 2016. Pembikinan drama ini telah pun bermula dengan memperkenalkan Mira Filzah sebagai heroin yang akan memegang watak sebagai Zara yang akan bergandingan dengan heronya iaitu Adi Putra sebagai Fariz.

Beberapa gambar pengembaraan drama Cinta Si Wedding Planner