Assalamualaikum..
Adrian, lelaki macho, bergaya dan kaya-raya, terus tidak berputus asa untuk menjinakkan Mia Karmila sebagai kekasih yang dapat memenuhi kerakusan nalurinya, walaupun ramai perempuan lain bersedia untuk memenuhi segala kehendaknya. Perubahan sikap Mia Karmila benar-benar mencabar kelelakian Adrian sehingga dia bertekad, walau apa pun syarat yang diminta Mia Karmila, Adrian tidak peduli. Yang pasti Mia Karmila menjadi miliknya.
Dalam kepayahan dan kepiluan yang mencengkam jiwa, Mia Karmila terpaksa juga menerima ijab kabul Adrian apabila lelaki itu telah berjaya memenuhi setiap syarat yang dipintanya. Pilu dihati Mia Karmila bertambah parah apabila mengetahui Shariman adalah dalang yang membolehkan Adrian menikahinya. Siapakah Shariman sebenarnya?
Bagaimanakah Mia Karmila dapat meneruskan kehidupan hariannya bersama Adrian apabila Shariman juga sentiasa ada bersama mereka? Dapatkah Mia Karmila atau Shariman memadamkan rasa cinta yang pernah hadir dalam hati mereka?
Saksikan drama adaptasi ini di TV3 setiap hari Isnin hingga Khamis jam 6.55 petang hingga 8.00 malam. Jika anda terlepas untuk menyaksikan drama ini, anda boleh melihat di Tonton.com
Watak yang akan menjadi Mia Karmila ialah Amyra Rosli dan watak Shariman pula dibawa oleh Syarul Ridzwan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan