Ahad, 20 Disember 2015

[SINOPSIS] My Precious Iris

Assalamualaikum..


Sinopsis Novel

Kisah kehidupan yang penuh warna. Tanpa iman dan kasih sayang, jiwa manusia sangat menderita di dalam kolam hati. Seumpama perahu kertas yang belayar di lautan luas. Betapa rapuh dan lemahnya sehelai kertas menahan asakan dari gelombang. Manusia adalah apa yang mahu dipercayai dan apa yang dipercayai. Hanya berpegang kepada iman dan kasih sayang, adakah sinar cahaya yang ditemui Iris terus digenggamnya? Siapakah lelaki yang berjaya menakluki Iris? Mampukah hidup yang hanya berbekalkan kejujuran menghalang rama-rama Iris daripada terus terbang bebas? Ketika Iris menyedari, dia harus berjuang untuk hidup, maka bagaimanakah akhirnya seorang Iris?

"Kaya raya sampai langit ketujuh pun, saya tak hairan. Tak payahlah nak beritahu semua orang jutawan no satu di Malaysia, ada rumah persinggahan di seluruh dunia, francais beribu-ribu satu alam, harta berbillion, berpangkat Tengku, Tan Sri atau Tun sekali pun, kalau tak diescort dengan polis trafik, tak payah berlagak sangat. Itu maknanya tak cukup kaya dan tak cukup hebat, jangan nak bangga sangat dengan kekayaan boyfriend awak tu! A\Sebatang jarum pun tak boleh dibawa mati!" - FRIMAN

"I ada tiga cadangan nama baby. Cullan-Gaelic meaning sprit of God and handsome, Gavin-Welsh, a fierce and strong warrior. They're unique and yet go perfectly with the Irish last name. Tapi yang paling memukau nama Aidan dan Iris itu sendiri. Apa sahaja mengenai Iris sentiasa mengingatkan I ketika di Dublin, Ireland." -AIDAN

"You tak ada apa-apa perasaan kat I sebab you dah ada orang lain. Macam I tak kenal dengan rupa perempuan macam you. Tak pernah puas dengan seorang lelaki". - HARRIS

Aku diberi gelaran my precious.. Sejak awal pertemuan kami.. Dia cuma menyerdarkan aku dengan cara halus.. Aku sangat berharga sebagai seorang gadis maka aku harus menjaga penghargaan itu. - IRIS 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan