Ahad, 20 Disember 2015

[SINOPSIS] Duda Terlajak Laris

Assalamualaikum..


Sinopsis Novel

Apakah perasaan anda saat disuruh bernikah ketika berumur 18 tahun dan kemudiannya menduda waktu usia perkahwinan baru menjangkau usia 2 tahun ?

Itulah yang terpaksa dihadapi oleh Zack biarpun dalam keadaan separuh relanya. Rela pula dengan pernikahan itu pun hanya kerana dia memikirkan air muka tok ayah, insan kesayangannya yang juga imam Masjid Batu Lima. Disebabkan sebiji mentol, hidupnya jadi huru-hara dek perangkap gadis genit bernama Pehah, adik angkat sahabatnya iaitu Bob.

"Dan saya harap walau jauh mana pun awak pergi, suatu hari nanti awak tetap akan cari dan kembali kepada saya,. Itu doa saya". - PEHAH

"Pehah, Pehah... Dunia ni bulat tau tak? Bulat. Tapi bulat macam mana pun, tak bermakna pusing-pusing aku akan jumpa kau juga. Ada ramai lagi perempuan dalam dunia ni yang boleh aku jumpa. Kau kasilah peluang dekat aku jumpa yang ala-ala Siti Nurhalizah ke, Izara Aishah ke, ni tak, kau nak juga aku jumpa kau lagi. Memang bad lucklah aku kalau begitu ceritanya. Aduhaiiii..." - ZACK

Adakah dia bad luck? Lapan tahun pun berlalu, tapi jangankan Siti Nurhalizah atau Izara Aishah, yang ala-ala itu pun Zack tak pernah jumpa. Phewww! Takkan dia dah terkena sumpahan Pehah? atau mungkin menjadi duda yang terlajak laris itu menjadi satu penghalang untuk Zack bertemu dengan pemilik tulang rusuknya yang sebelah lagi itu apabila hubungannya tidak pernah kekal sehingga ke jinjang pelamin?

"No, i am ok with that. Saya tak kisah pun sama ada awak ni duda atau teruna seab saya tak pernah letak syarat apa-apa pada calon suami saya. Dan kalau ada pun syaratnya cuma satu. Orangnya mesti awak. Takkan ada orang lain. Hanya Zafran Aldrin!" - IDAYU

Apakah kesudahannya kisah duda terlajak yang agak laris in? Akan diturutkan jugakah untuk menikahi Idayu atau sebaliknya?

Kata orang-orang tua, cakap tu biar berpijak di bumi nyata. Jangan bongkak sangat nanti terpaksa telan kata-kata sendiri. Kata-kata sendiri, boleh diterima lagi kalau terpaksa telan, tapi kalau terpaksa jilat ludah sendiri? Memang taklah!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan