Selasa, 22 Disember 2015

[SINOPSIS] Kerana Aku Suamimu

Assalamualaikum..


Sinopsis Novel 

Syurga seorang isteri... Adalah bersama suami.

"Zahra tak mahu kahwin dengan Abang Fitri!" - ZAHRA

"Dengan keadaan diri Zahra sekarang, siapa nak kan Zahra?!" - ENCIK ZAINAL

Kebahagian Zahra Aisya direntap dalam satu peristiwa yang tidak disangka. Biarpun menentang keras rancangan Encik Zainal, akhirnya Zahra terpaksa akur menikahi Muhammad Fitri untuk menutup perkara yang memaluka itu.

"Zahra benci dengan abang, tau tak?! Benci, benci sampai akhirat!" - ZAHRA

Selepas bergelar suami dan isteri, hubungan dingin antara Zahra dan Fitri mula menampakkan sinar bahagia apabila Fitri mula mengguyur api kebencian yang ada dalam jiwa si isteri.

"Zahra dah okey, abang pergi kerjalah." - ZAHRA

"Eh, suka hati abanglah nak pergi kerja atau tak." - FITRI

Namun pada saat hubungan Zahra dan Fitri mula hanyut dan larut dalam emosi, parut yang lama mula menjengah kembali. Hadirnya kembali Riyad menganggu kebahagian rumah tangga Zahra dan Fitri. Lipatan memori silam ketika Zahra bersama Riyad kini mula menghantui Fitri yang melihat Zahra semakin menerima dirinya sebagai sang suami, namun gusar apabila melihat Riyad mula menunjukkan belang diri.

Apabila Zahra mula diganggu oleh Riyad yang menagih semula cinta lamanya kembali, Shasha yang selama ini dianggap sebagai teman sejati oleh Zahra tanpa diduga menjadi duri. Hubungan terlarang dalam diam antara Shasha dan Riyad sedikit sebanyak telah menghantui kehidupan Fitri yang sebenarnya mengetahui yang Zahra sudah dikhianati oleh teman baik sendiri. Apakah yang terjadi kepada Zahra dan Fitri? Masih adakah rasa cinta Zahra terhadap Riyad yang menagih kembali si cinta hati.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan