Assalamualaikum..
Sinopsis Novel
Bagi Aisya Humairah, menjaga bayi sendirian selepas abang dan kakak iparnya berhijrah ke Dubai adalah perkara senang.
Pada dia, menjadi ibu sebelum masanya langsung tidak mendatangkan masalah apabila mommy dan daddynya ada membantu. Dan, langsung dia tidak menduga, menjaga si kecil yang kerinduan ibu dan bapanya bukan sesenang yang disangka. Oleh itu, dia perlu mencari pakcik kepada anak buahnya itu. Tapi siapa? Zulfa, si cinta pertamanya menolak. Nak bina kerjaya katanya!.
Bagi Amar Firzal, mencari isteri bukanlah satu kepentingan. Pada dia, mempunyai kerja yang stabil dan rumah sendiri merupakan satu kejayaan. Dan, langsung tidak menyangka, ibunya juga terpengaruh dengan tipikal ibu di dalam drama yang suka menggesanya agar cepat-cepat menikah.
Alasan demi alasan yang diberi hanya menjadi halwa telinga. Dan akhirnya dia akur walau masih takut untuk meluahkan rasa pada si gadis sepejabat yang lebih tinggi pangkatnya. Mana mungkin Cik Hanisa suka kepadanya.
"Jom kita kawin? Mama saya ingat saya bercinta dengan isteri anak satu." - Amar Firzal
Ini dikira proposal ke? Tanpa cincin belah rotan? Tanpa pantun lima enam kerat? Tak menarik langsung. - Aira
Amar Firzal terpaksa melupakan crush di pejabat. Aisya Humairah nekad tinggalkan kekasih yang masih ragu tak bertempat. Kerana takdir mereka bertemu, kerana takdir juga mereka bersatu. Mampukah Firzal menjadi pencuri cinta kelas satu untuk isteri yang manja dan berhati batu?
"Malam ni jangan pergi mana-mana."
"Kenapa?"
"Nanti awak tak ada dalam mimpi abang."
Kalau hati dah mula rasa sesuatu, dapatkah crush dan cinta pertama dilupakan?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan