Rabu, 11 Mei 2016

[SINOPSIS NOVEL] Assalamualaikum Cinta

Assalamualaikum..

Sinopsis Novel

Kerana pertaruhan semangkuk cendol, Azrif dengan Rykal memulakan misi mereka untuk memikat gadis bernama Emma dan Nia yang dikenali dengan tidak sengaja. Kemuncak misi mereka adalah, mana-mana gadis yang akan sebut ' I Love You' dulu kepada mereka, dia yang akan memenangi pertaruhan itu.

Bagi Emma, sejak dulu lagi dia anti dengan lelaki kaya. Pada fikirannya, lelaki kaya adalah jenis yang suka berlagak dan menggunakan kekayaan mereka untuk mempermainkan perasaan perempuan. Contoh yang terdekat ialah abang iparnya bernama Daniel yang selalu berkasar dengan kakaknya, Natasya.

Perkenalan dengan tidak sengaja bersama Azrif Iqbal seakan membawanya ke dalam mimpi ngeri. Dia tidak suka dengan sikap lelaki tersebut yang suka memaksa untuk menerimanya sebagai kawan.

"Aku rasa baik kau bawa bunga ni bagi kat girlfriend kau.. Sepatutnya kau bagi kat dia. bukannya kat aku" - Emma Harlini.

"Aku pelik.. kenapa susah sangat kau nak terima, eh? Aku bukan suruh kau bayar pun!" - Azrif Iqbal.

Untuk Nia pula, perkenalan dengan Rykal kerana berebutkan parking kereta membawa satu perubahan dalam hidupnya. Lagi-lagi ayahnya amat tegas dalam mengawal kebebasannya untuk berkawan dengan lelaki.

"Parking tu kau punya ke? Setahu aku tak ada pula tulis nama siap-siapa kat situ? - Rykal Safuan.

"Sahlah yang ni jenis tak ada budi bahasa. Tadi kau cilok aku punya parking. Sekarang dengan muka tak bersalah pula langgar mak aku. Dahlah langsung tak reti nak minta maaf... Bro, muka handsome, kereta sikit punya gah tapi otak kau tu out tak guna, bro... Confirm diharamkan jadi menantu kalau pesen perangai macam ni!" - Nia Sakinah.

Walaupun dihambur dengan pelbagai kata amaran, Azrif dan Rykal tetap gigih dengan misi mereka. Emma dan Nia yang pada mulanyatidak berapa suka dengan semua itu, akhirnya menyedari yang sebenarnya hati mereka telah mula terpaut suka pada Azrif dan juga Rykal.

Dek terlalu teruja dengan misi mereka yang sudah berjaya, akhirnya misi mereka kantoi juga pada malam yang sama. Saat itu, serta merta Emma dan Nia memutuskan untuk tidak berjumpa dengan mereka berdua lagi.

"Awak ingat saya ni barang permainan ke?Barang ke? Suka hati awak aje nak buat pertaruhan?! Saya memang tak sangka, orang yang saya betul-betul ikhlas sayang dan cinta dia rupa-rupanya ada tujuan lain." - Emma Harlini.

"Nasib baik negara ni ada undang-undang.. Kalau tak, isy, aku pun tak tahulah nak cakap macam mana.. mahu aje aku sembelih sekor-sekor." - Nia Sakinah.

Kettika itu Azrif dan Rykal mula susah hati. Hidup mereka sudah serba-serbi tak kena. Mereka berdua sedar yang misi mereka itu sebenarnya mereka sudah mula  jatuh cinta  pada Emma dan juga Nia. Namun ketika itu semuanya seakan sudah terlambat, nenek mereka berdua telah membuat keputusan mengejut untuk menunangkan mereka berdua dengan calon pilihan sendiri.

Jadi, apa yang terjadi pada Azrif dan Rykal seterusnya? Adakah mereka berdua berjaya dengan cinta mereka itu? Dan bagaimana pula dengan majlis pertunangan mengejut itu?

Saksikan drama adaptasi ini di Astri Ria dan Astro Ria HD setiap Isnin hingga Khamis jam 10.00 malam hingga 11.00 malam.

Adaptasi ke drama yang akan mengandingkan Saharul Ridzwan bersama Ayda Jebat, Kamal Adli bersama Emma Maembong.







Tiada ulasan:

Catat Ulasan