Ahad, 17 Februari 2019

Keluarga Gen Halilintar


Assalamualaikum & hi!...

Kali ni nak cerita pasal keluarga Gen Halilintar!, sape kenal? put your hand in the air! Woot woot!!
Untuk yang tak kenal dan takt ahu siapa Gen Halilintar ni, untuk maklumat anda/ awak semua, mereka ni adalah sebuah keluarga yang sangat besar sebabnya keluarga ni ada 11 orang anak! Ye 11 orang bukannya 7 atau 8 yang boleh dikatakan jumlah 7 atau 8 orang anak ni dah banyak kat Malaysia dan jaranglah kita dengar kebanyakan anak-anak orang Malaysia ni 11 orang, ye memang ada tapi  jarang ok, bukan kadang-kadang (termasuklah pulak scene dialog filem musang berjanggut). Mereka ni adalah dari Indonesia dan keluarga mereka ni sangat-sangat bagi inspirasi dan boleh membuatkan anda semua terpegun dan suka dengan keletah dan perangai keluarga Gen Halilintar ni.

Cerita dia lebih kurang sebulan yang lepas, TERtengok video-video yang dah setahun mereka upload dalam youtube tapi tak ingat video yang mana. Sebelum ni, tak pernah langsung tahu & dengar pasal keluarga ni. Lepas je layan satu video terus ketagih beb nak tangok video-video yang lain dari youtube Gen Halilintar ni. Sampailah jadi “Star Gen Halilintar” (nama peminat mereka). Boleh katakan setiap malam sebelum tidur mesti layan video-video mereka ni.

Dan sampai sekarang (17/2/2019) tetap tak tengok lagi semua video-video mereka sebabnya anak-anak mereka ni, 11 orang semuanya ada youtube channel sendiri dan semua video mereka tak sama! Dan salah seorang anak mereka, Atta Halilintar (anak sulung) mereka adalah seorang youtuber yang sangat memberi inspirasi kepada pemuda dan warga Indonesia untuk Berjaya & dia adalah Youtuber pertama di ASEAN yang mempunyai subscriber 10 JUTA!, dan sekarang nak kearah 11 juta subscriber!. Giler weyyyy..

Satu video iaitu video cover song ‘love scenario’ adalah, video pertama yang aku tengok dan membuatkan aku tertanya-tanya sendiri, mereka ni orang Malaysia atau Indonesia, rupanay mereka ni adalah Indonesian dan aku sangat-sangat suka semua cover song mereka. 

Itulah kali pertama  untuk aku kenal siapa Keluarga Halilintar dan sampai sekarang ni pun aku masih lagi tengok video-video selain dari channel mereka mengenai keluarga Gen Halilintar sebabnya aku banyak sangat soalan yang bermain kat fikiran aku pasal mereka ni dan video-video yang aku jumpa kat youtube ni dapat menjawab semua soalan aku tu.

Sebuah keluarga yang besar dan mempunyai bakat yang sangat besar dan mampu mempengaruhi ramai orang dengan keistimewaan dan keunikan mereka.



Love dari MALAYSIA STAR!..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan