Selasa, 4 Ogos 2015

[SINOPSIS NOVEL] Mr.London Ms.Langkawi

Assalamualaikum..



Aidil Mukhlis - Berpelajaran tinggi dan mempunyai kerjaya yang bagus. Dari kecil sudah menetap di luar negara membuatkan jiwanya seakan hilang rasa cinta pada kampung halaman. Akhirnya, kerana terpaksa, dia pulang juga tanpa rela. Aidil Mukhlis di minta oleh ayahnya untuk pulang ke kampung halaman. Pada mulanya dia enggan, tetapi apabila dipujuk oleh mamanya, akhirnya dia berubah fikiran dan mengikut kata ayahnya. Pada hari dia tiba di Langkawi, dia menunggu seseorang untuk membawanya pulang ke kampung halaman iaitu rumah Tok Wannya. Tiba-tiba muncul seorang gadis yang digelar 'Liyana The Samseng'. Siapa?

Nurul Liyana - Liyana adalah salah seorang cucu kepada Tok Wan. Dia hanya gadis biasa. SPM pun sekadar cukup makan. Dia memang dalam kategori bukan pelajar cerdik tapi jiwanya besar. Cintanya pada tanah air cukup tebal.

Bila bertemu, mereka sentiasa berlaga angin. Seorang serius bukan main. Yang seorang lagi, nakalnya.. Nauzubillah. Asyik bertekak sahaja Mr London dan Ms Langkawi ini. Kata orang, perbezaan akan mewujudkan keserasian. Tetapi adakah keserasian akan wujud dalam jiwa Aidil Mukhlis dan Nurul Liyana

Novel ini juga akan di adaptasikan ke drama yang bakal ditayangkan di Astro tetapi masih menunggu ketetapan waktu siarannya saja.

Drama ini sudah pun menjalankan penggambarannya disekitar Selangor, Langkawi, Terengganu dan Bukit Fraser. Drama ini akan mengandingkan heronya iaitu Zul Ariffin yang memegang watak Aidil dan Izara Aishah sebagai heroin yang memegang watak Liyan. Antara pelakon lain yang akan menjayakan drama ini ialah Amar Baharin, Liza Abdullah, Dato' Shah Rezza, Nur Zahirah, Wan Wala dan ramai lagi.













p/s : Semua gambar daripada goggle & instagram Nizam Zakaria.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan