Khamis, 25 Jun 2015

Cinta Karan hanya di Tonton.Com

Assalamualaikum..

Selamat berpuasa!. 

Cinta Karan akan bermula 25 Jun 2015, setiap Khamis pukul 11.00 pagi hanya di Tonton.com. Sekali lagi gandingan Zul Ariffin dan Ayda Jebat di pertontonkan selepas drama Rindu Awak 200% yang telah mencipta fenomena dan menaikkan nama Zul dan Ayda setelah lama meceburi bidang lakonan.

Cinta Karan mengisahkan kisah cinta yang sangat unik di antara Zul (Zul Ariffin ) dengan Aida (Ayda Jebat ). Keunikan pasangan ini ialah mereka saling kena-mengenakan (prank) di antara satu sama laindari awal perkenalan hinggalah mereka masing-masing berkahwin. 

Kemuncak kemarahan Aida ialah selepas Zul menumpahkan makanan di atas kepalanya lalu operasi membalas dendam bermula. Setiap kali Zul cuba untuk menyaikan isi hatinya, setiap kali jugalah dikenalan lagi oleh Aida. Ketika Zul ingin menyampaikan hasrat hatinya pada Aida, muncul seorang lelaki menjemput Aida dan ini membuatkan Zul kecewa kerana menyangka lelaki itu teman lelaki Aida. 

Hasrat Zul tercapai juga apabila berjaya menyampaikan yang dia sukakan Aida semasa bekerja sementara di Kedai Senheng. Aida datang ke Kedai Senheng bersama lelaki tersebut untuk membeli barang persediaan perkahwinan. Semasa ditegur lelaki tersebut, barulah Zul tahu yang mereka berdua adalah abang dan adik. Zul mencari Aida dan menyampaikan isi hatinya. Apakah reaksi Aida?

Sama-sama kita saksikan Cinta Karan untuk mengetahui lebuh lanjut mengenai hubungan Zul dan Aida.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan