Ahad, 17 Februari 2019

Ziggy Zagga by Gen Halilintar



Assalamualaikum & hi!...

Gen Halilintar dah keluar lagu baru iaitu #ZiggyZagga yang bermaksud zig zag (bentuk petir) dan ia adalah melambangkan keluarga Halilintar!. Yang paling menariknya keseluruhan dari segi penulisan lagu, cheographer, producer & sampai lah ke bahagian makeup semuanya diuruskan dan ketuai oleh setiap anak Gen Halilintar sendiri! Giler hebat mereka ni. Dah boleh kot buat production sendiri dan semua ke 11 anak-anak Pak Halilintar dan Bu Gen sangat-sangat berbakat! *thumb up*

Sebelum ni dah dengar lagu #ziggyzagga ni sebabnya mereka dah upload video mereka perform lagu zigga zagga ni untuk satu event/festival dekat Indonesia dan dari situ terus search kat youtube tapi malangnya mereka belum keluarkan official song & mv. Boleh katakana setiap hari jugaklah tertunggu lagi-lagi masa tengok update status anak-anak Gen Hlilintar sendiri di IG.

Dan 15 FEB 2019, mereka dah pun keluarkan full song & juga video klip #ziggyzagga ni. Serius cakap lagu mereka ni sangat-sangatlah best! Dan senang kot nak hafal lirik mereka ni sangat-sangat sempoi dan liriknya berkaitan dengan keluarga mereka sendiri. Sangat-sangat berbakat Sohwa ni!.

Mv #ziggyzagga, masa teaser pun dah teruja inikan pulak kita layan full mv mereka, lagilah syokkkkkk. Mula je lirik dia dah mula meremang kot bulu rom ani semua, sangat-sangat bersemnagat. Lirik pertama Sohwa paling aku suka sebabnya senang ingat dan lirik tu sangat-sangat buatkan asyik nyanyi je part tu iaitu ‘sepatu merah celana biru, ku tak peduli (peduli)’. Cer dengar sendiri dan mesti anda semua suka!.

Dalam semua part, paling suka masa mereka menari kat gelangga bola sepak tu, perhhh part tu paling best dan suka dan semua pemandangan dalam  dalam mv ni sangat-sangat cantik! Serius pandai Thaariq dan Saaih produce mv ni!. View mula-mula pun dah lawa kot dalam salji tebal kot.

Setiap tak tertaip nak komen pasal semua lagu dan klip video Ziggy zagga ni semuanya sangat-sangat AWESOME & PERFECT!


Keluarga Gen Halilintar


Assalamualaikum & hi!...

Kali ni nak cerita pasal keluarga Gen Halilintar!, sape kenal? put your hand in the air! Woot woot!!
Untuk yang tak kenal dan takt ahu siapa Gen Halilintar ni, untuk maklumat anda/ awak semua, mereka ni adalah sebuah keluarga yang sangat besar sebabnya keluarga ni ada 11 orang anak! Ye 11 orang bukannya 7 atau 8 yang boleh dikatakan jumlah 7 atau 8 orang anak ni dah banyak kat Malaysia dan jaranglah kita dengar kebanyakan anak-anak orang Malaysia ni 11 orang, ye memang ada tapi  jarang ok, bukan kadang-kadang (termasuklah pulak scene dialog filem musang berjanggut). Mereka ni adalah dari Indonesia dan keluarga mereka ni sangat-sangat bagi inspirasi dan boleh membuatkan anda semua terpegun dan suka dengan keletah dan perangai keluarga Gen Halilintar ni.

Cerita dia lebih kurang sebulan yang lepas, TERtengok video-video yang dah setahun mereka upload dalam youtube tapi tak ingat video yang mana. Sebelum ni, tak pernah langsung tahu & dengar pasal keluarga ni. Lepas je layan satu video terus ketagih beb nak tangok video-video yang lain dari youtube Gen Halilintar ni. Sampailah jadi “Star Gen Halilintar” (nama peminat mereka). Boleh katakan setiap malam sebelum tidur mesti layan video-video mereka ni.

Dan sampai sekarang (17/2/2019) tetap tak tengok lagi semua video-video mereka sebabnya anak-anak mereka ni, 11 orang semuanya ada youtube channel sendiri dan semua video mereka tak sama! Dan salah seorang anak mereka, Atta Halilintar (anak sulung) mereka adalah seorang youtuber yang sangat memberi inspirasi kepada pemuda dan warga Indonesia untuk Berjaya & dia adalah Youtuber pertama di ASEAN yang mempunyai subscriber 10 JUTA!, dan sekarang nak kearah 11 juta subscriber!. Giler weyyyy..

Satu video iaitu video cover song ‘love scenario’ adalah, video pertama yang aku tengok dan membuatkan aku tertanya-tanya sendiri, mereka ni orang Malaysia atau Indonesia, rupanay mereka ni adalah Indonesian dan aku sangat-sangat suka semua cover song mereka. 

Itulah kali pertama  untuk aku kenal siapa Keluarga Halilintar dan sampai sekarang ni pun aku masih lagi tengok video-video selain dari channel mereka mengenai keluarga Gen Halilintar sebabnya aku banyak sangat soalan yang bermain kat fikiran aku pasal mereka ni dan video-video yang aku jumpa kat youtube ni dapat menjawab semua soalan aku tu.

Sebuah keluarga yang besar dan mempunyai bakat yang sangat besar dan mampu mempengaruhi ramai orang dengan keistimewaan dan keunikan mereka.



Love dari MALAYSIA STAR!..

Hutang


Assalamualikum & hi!

Lamanya tak bertaip dalam blog, lama menyepi dalam dunia “blogger” sebabnya sibuk dengan sambung belajar. Walaupun umur dah masuk 20an tapi gaya penulisan dengan Bahasa dalam blog ni tetap macam budak-budak bawah 17 tahun. Dan mungkin untuk new entry semunya akan kepada kebudak-budakan yang tak matang. Harap terimalah walaupun memang tak aka nada yang baca pun.
Berbalik kepada tajuk entry kita hari ini, pasal hutang. Rasanya semua orang pernah berhutang & ada penghutang mungkin kalau yang dah kerja berhutang dalam beli kereta, rumah & lain-lain. Tapi untuk pelajar yang macam aku sekarang ni, berhutang dari kawan sebab duit tak cukup dan penghutang pulak dari kawan jugak sebab duit tak cukup.

Sekarang ni nak cerita pengalam sendiri dari berhutang dan juga dari penghutang. Cerita dia macam ni, biasalah kan kalau pelajar tu masalah utamanya mestilah berkaitan duit, tak kisahlah dari yang ada ambil ptptn atau mak ayah bagi duit. Selalunya pelajar ni kalau ada duit je mesti tak berkira dan suka belanja sampailah duit pokai. Bagi aku, kalau aku ada duit, dan kawan aku nak pinjam duit sebab duit tak cukup untuk makan atau apa-apa lah, aku akan bagi dan selalunya aku takkan mintak duit kat kawan aku sampailah dia sendiri yang ingat kerana aku paling tak suka meminta walaupun aku ada hak untuk aku mintak balik duit aku. Masalahnya sekarang ni, bila aku dah selalu sangat buat tak tahu je bab-bab kawan aku pinjam duit membuatkan kawan-kawan atau orang yang pernah berhutang dengan aku buat perkara ni sebagai tabiat mereka kalau tak ada duit boleh guna duit aku. Kalau aku ada duit memang aku tak kisah dan berkira masalahnya sekarang ni aku sangat-sangatlah memerlukan duit aku untuk aku survive makan, minum, beli buku, trip kelas & belanja yang penting.

Aku ni peminjam ptptn dan semua duit ptptn yang aku dapat memang aku gunakan sebaik mungkin untuk aku belanja sepanjang sem dekat sini. Orang mungkin Nampak aku macam ada duit sebab aku tak pernah merungut pasal duit, pada masa sama kawan aku yang ada ambil ptptn selalu merungut sebab tak ada duit dan selalu pinjam duit kawan-kawan yang ada, tapi aku berbeza. Benda buatkan kawan-kawan aku yang pernah berhutang dengan aku rasa kalau dia berhutang dengan aku, aku mesti takkan tuntut sebabnya aku ada duit tapi sebenarnya akulah budak yang paling tak ada duit, nak harapkan duit mak abah, memang bukan aku untuk mintak mereka duit sebabnya aku tau, mereka pun taka da duit, kalau aku mintak semestinya mak abah mesti bagi sebab anak dia mintak dan mereka akan lebih rela sakit dari anak dia sakit tapi sebab aku tahu dia sakit, aku takkan minta mereka duit. Walhal, kawan-kawan aku yang lain, yang hutang aku, setiap minggu kot mintak mak ayah merka duit benja tapi tetap tak nak bayar duit aku.
Selama ni aku pendam semua masalah dalam hati sebabnya kalau aku luahkan pun memang tak aka nada sesiapa akan layan, dengar, nasihat dan bagi kata-kata semangat untuk aku, tapi kali ni aku betul-betul sakit dengan masalah aku sendiri dan tak boleh pendam sendiri lagi, biarlah dari blog ni aku dapat lepaskan semua masalah aku pendam kat sini. Nasiblah ada orang atau taka da yang nak dengar dan faham aku.
Terima kasih sebab baca.
Gaya menulisan aku memang tak pernah betul dan isi aku pun terabur teruk. Jadi mungkin dekat sini, aku boleh betulkan susunan ayat dan isi aku jadi lebih baik dan teratur..